17 Fakta tentang Bugatti Veyron
Fakta tentang Bugatti Veyron
1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.
2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.
3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.
4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah
120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli
sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.
5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis
ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah
keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda
boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.
6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.
7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.
8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan
maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta
ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso
dsb.
9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini
pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung
sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa
9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.
10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat.
Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta
ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari
hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.
11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 -
240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam
permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.
12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan
1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun
RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat
kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.
13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15
minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh,
ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.
14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.
15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju
400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak.
Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem
dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.
16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.
17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas
cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di
Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk
membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja
langsung.
0 komentar:
Posting Komentar